Wednesday, 13 July 2011

Karnival Sungai Penchala & Pelancaran EIB 2010
















Tarikh : 14 Nov 2010








Tempat : Taman Lembah Kiara, TTDI








Aktiviti : Karnival ini adalah program sepenuhnya JPS WPKL, program ini dijalankan adalah untuk merasmikan Electronic Information Board (EIB). EIB yang dibina hasil idea R&D pegawai JPS WPKL sendiri. EIB adalah sebuah paparan yang memaparkan data-data kualiti air Sg. Penchala secara 'real time'. Objektif EIB di bina adalah untuk memberikan gambaran sebenar kualiti air Sg. Penchala dan menghebahkannya kepada penduduk sekitar sekaligus memudahkan pegawai JPS WPKL untuk memantau kualiti air terus dari pejabat.
















TQ,








ZHK.
























Program Pelestarian & Pendidikan Sg. Penchala 2010










































































Date : 25th Sept 2010

Venue : Sg. Penchala


In conjuction with World River Day 2010, Global Environment Centre (GEC) with collaboration of Malaysian Country Water Patrnership (MyCWP) organized Sungai Penchala Preservation Programme which took place in Taman Rimba Kiara Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).


Corporatively supporting the programme are Department of Irrigation and Drainage (DID), Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Navozymes Sdn Bhd.The programme was officially launched by Dato' Ir Ahmad Husaini bin Sulaiman,DID Director General.


According to GEC Director Faizal Parish, the programme was the first to be organized on the venue to celebrate World River Day 2010 and hoping that the river state will improve significantly in 5 years.

Furthermore, 97 percent of river water from Sungai Penchala flows into TTDI area which is the main water supply source for household and it is polluted badly that it cannot even be processed for drinking water.To preserve Sungai Penchala, we need to exposed and educate the community so that there will be enlightenment among theirselves and kept for future generations.


Dr K. Kalithasan, the programme co-ordinator hoped that such programme will make the river known to local community and hoping that they will play their role to preserve and cherish our very own Sungai Penchala.


By,

Izrul Faris














Hari Kepelbagaian Biologi Sg. Penchala 2010














Tarikh : 22 Mei 2010

Tempat : Upstream Sg. Penchala

Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama JPS WPKL, GEC, GAB, DBKL, Jab Landskap Negara.

Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesedaran alam sekitar terutamanya sungai. Di dalam Sg. Penchala kita boleh lihat pelbagai hidupan akuatik, dengan ini menunjukkan kualiti air di kawasan upstream Sg Penchala begitu baik. JPS WPKL telah menjalankan pelbagai aktiviti kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti air di Sg. Penchala


TQ,

ZHK.






Lawatan para Journalist dari negara-negara Eropah ke Sg. Penchala








Tarikh : 16 Ogos 2010

tempat : Upstream Sg. Penchala

Aktiviti : Program ini adalah usahasama JPS WPKL dengan pihak GEC (Global Environment Centre) di mana para 'journalist' dari negara Eropah begitu berminat untuk membuat kajian di Sg. Penchala. mereka begitu teruja melihat keindahan kawasan sekitar Sg. Penchala sehinggakan mereka sanggup minum air yang mengalir secara 'direct'.


TQ

ZHK.




Peta Bagi Lembangan Sg. Penchala



Mantan Perdana Menteri Malaysia Melawat Sg. Penchala



Tarikh : Jun 2009

Tempat : Upstream Sg. Penchala


Akitiviti ini disertai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawai & Tun Jeane Abdullah bagi majlis Perasmian Penanaman Pokok Angkat Di Taman Auboratum. Didalam aktiviti tersebut Tun telah dibawa untuk melihat sendiri upstream Sg. Penchala.



Tuesday, 28 June 2011

Bagi Program Shooting bersama RTM pada 29 Jun akan ditunda ke 30 Jun

harap Maklum, maaf atas segala kesulitan..

TQ,
ZHK

Baru balik dari pejabat GEC

Pada jam 10 am 28/06/2011. Pergi ke Taman Lembah Kiara, TTDI utk memantau EIB yang telah di 'upgrade'. so far, kerja-kerja telah dijalankan dengan sempurna dan memuaskan. Kemudian ke pejabat GEC di PJ, 1st time ke pejabat GEC ni. tujuannya adalah untuk mengambil@meminjam water quality kit bagi tujuan pemantauan sungai pada esk hari bersama2 dengan Tn Pengarah.

TQ,
ZHK
Lawatan bersama pihak FINAS & RTM bagi pengambaran iklan pada tahun 2010. Gambar di atas ialah Hj. Mat Rahim (Pengarah) bersama En Ratna Rajah menerangkan kepada wakil FINAS.

Hello everybody

setelah sekian lama menyepi kerana tuntutan kerja yang begitu banyak. Sekarang kami kembali untuk mewarnai blog ini. Harap pihak yang selalu melayari blog ini dapat memberikan komen2 yang bernas.

TQ,
ZHK

Friday, 31 July 2009

PROGRAM RIVER RANGER PADA 12 APRIL 2008

Pihak jabatan ini memohon maaf atas kelewatan untuk menyediakan laporan bagi aktiviti River Ranger yang dijalankan bagi Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di sini saya sertakan laporan ringkas mengenai aktiviti River Ranger yang telah dijalankan pada tahun 2008.


OBJEKTIF PROGRAM RIVER RANGER

1. MEMBERI PANDUAN DAN KAEDAH UNTUK MEMBANGUNKAN KOMPONEN KOMUNITI DALAM PROGRAM ONE STATE ONE RIVER.

2. MENDEDAHKAN TEKNIK MENJALINKAN KERJSAMA, BERDIALOG DAN PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BERSAMA KOMUNITI.

3. MEMBERI TEKNIK KEPADA PEGAWAI UNTUK MENYEBARKAN KEPADA KOMUNITI KAEDAH MENCARI SUMBER KEWANGAN LAIN YNAG KINI TIDAK DIGUNAKAN SECARA MELUAS.

4. MEMBERI TEKNIK UNTUK PENYEBARAN KEPADA MASYARAKAT TERHADAP PROGRAM ‘SELF-GENERATING’ BAGI MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PROGRAM.



ACARA RIVER RANGER BAGI ZON WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

-TEMPAT : TAMAN RIMBA KIARA
-MASA : 8 PG HINGGA 1 TGH

ATURCARA PROGRAM

8.00 : KETIBAAN PARA PESERTA
8.30 : MINUM PAGI
9.30 : LAWATAN TAPAK ( SG PENCHALA) DOWNSTREAM
10.30 : LAWATAN TAPAK (UPSTREAM)
12.00 : PERBINCANGAN KUMPULAN
1.00 : BERSURAI

Tuesday, 28 July 2009

PETA CATCHMENT SUNGAI PENCHALA


Sistem pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 Bagi Sg Penchala

Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14000 menyediakan suastu mekanisme yang kukuh dan berkesan dalam pengurusan sungai secara lebih efisien. Melalaui ISO 14000, semua punca pencemaran perlu dikenalpasti dan kaedah-kaedah menanganinya perlu diwujudkan secara sistematik. Melaui ISO 14000 juga, objektif dan sasaran perlu dikenalpasti dan program-program yang bersesuaian hendaklah diwujudkan ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan. Kesimpulanya, pensijilan ISO 14000 dapat meningkatkan keupayaan JPS WPKL dlm pengurusaan sungai dan ini dan ini dapat memenuhi aspirasi Jabatan iaitu 'Towards A Clean, Living And Vibrant River".

Oleh itu, di bawah Program Satu Negeri satu Sungai, JPS WPKL telah memilih Sungai Penchala untuk mendapatkan persijilan ISO 14000. Ahli-ahlinya terdiri daripada 20 org kakitangan JPS WPKL dari pelbagai bahagian yang diberi nama PENCHALA TEAM. Program yang telah bermula sejak Ogos 2008 telah berjalan lancar dan pelbagai progran berkaitan pemeliharaan sungai telah dirancang melibatkan penyertaan masyarakat setempat. Pihak SIRIM telah mengadakan Second Stage Audit pada Julai 2009. JPS WPKL mensasarkan September 2009 ini untuk mendapatkan persijilan ISO 14000 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar Sungai Penchala.


Disediakan oleh
ZUL HAIMI BIN KAMAL
ZON UTARA

Friday, 24 July 2009

Tidak Update Blog RR

dah lama tak update blog ni..kesian blog ni..

Tuesday, 5 August 2008

Lawatan sambil Belajar ke Bali, Indonesia



membuat Water Quality Test di anak sungai yang telah dirawat menggunakan EM di tapak pelupusan sampah.


data-data direkodkan


Pada 24 hingga 29 Julai 2008 yang lalu, wakil daripada pejabat ini telah mengikuti kursus di bali, Indonesia tentang penggunaan teknologi EM di sungai-sungai yang terdapat di Malaysia.


Seramai 21 orang yang menyertai Lawatan sambil belajar tersebut yang terdiri daripada pelbagai jabatan/agensi kerajaan.




disini saya sertakan/attach gambar-gambar untuk rujukan pihak yang berminat..laporan lengkap akan disusuli kemudian,.




ZUL HAIMI KAMAL

Tuesday, 22 July 2008

pejabat ini telah menjalankan beberapa aktiviti river ranger peringkat wilayah persekutuan.

Tuesday, 4 December 2007

river auditing by river ranger wpkl



SK Sri Kelana Water Auditing

Pemerhatian kami ke atas penggunaan air di SK Sri Kelana adalah seperti berikut:

1) Seorang Pelajar

a) Kegunaan Seorang Pelajar Sehari

- Penggunaan air = 5920 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 8.11

b) Kegunaan Seorang Pelajar Sebulan

- Penggunaan air = 118,400 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 162.21

c) Kegunaan Seorang Pelajar Setahun

- Penggunaan air = 947,200 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 1,297.66

2) 280 pelajar

a) Kegunaan 280 Pelajar Sehari

- Penggunaan air = 1,657,600 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 2,270.91

b) Kegunaan 280 Pelajar Sebulan

- Penggunaan air = 33,152,000 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 45,418.24

c) Kegunaan 280 Pelajar Setahun

- Penggunaan air = 39,424,000 L
- Jumlah yang perlu dibayar = RM 363,345.92

Sungai Penchala - River Helth Check

Site 1 - Taman Rimba Kiara

1. River Report Card

Berdasarkan pemerhatian di Taman Rimba Kiara(TRK), kumpulan kami mendapati keadaan fizikal di sungai penchala yang merangkumi TRK dan Golf Club warna dan reka bentuk adalah berwarna kuning kemerahan serta berminyak. Manakala bau air sungai tersebut didapati berbau busuk. Ini disebabkan air kumbahan daripada Rumah Panjang yang berdekatan dengan sungai. Keadaan permukaan adalah berpasir dan didapti terdapat kehidupan di sungai tersebut iaitu ikan. Ini disebabkan oleh pegaliran sungai yang bertingkat. Aktiviti perkhemahan sedang berjalan di kawasan sekitar sungai.

Kad laporan sungai adalah 35 markah, ini bermaksud kualiti air sungai tersebut berada dalam ketegori tidak baik.

2. Chemical monitoring

PH = 7 (neutral)
DO = 8ppm
Turbidity = 40 JTU
Phosphate = 1ppm
Nitrate = 0ppm
Temparature = 26C

Site 2 - Sungai Penchala

1. River Report card

Berdasarkan pemerhatian di Bukit Kiara Walking Hill, kumpulan kami mendapati keadaan fizikal di sungai penchala berwarna jernih. Manakala bau air sungai tersebut didapati neutral. Ini disebabkan tiada pencemaran berlaku di kawasan tersebut. Keadaan permukaan adalah berbatu dan diliputi oleh tumbuh-tumbuhan semulajadi. Di samping itu, terdapat juga beberapa haiwan yang terdiri daripada serangga dan semut.

Kad laporan sungai adalah 88 markah, ini bermaksud kualiti air sungai tersebut berada dalam kategori sangat baik.

2. Chemical Monitoring


PH = 7 (neutral)
DO = 4ppm
Turbidity = 40 JTU
Phosphate = 4ppm
Nitrate = 0ppm
Temparature = 24C

3. Bio-monitoring

Terdapat beberapa spesis yang dijumpai di dalam air sungai tersebut iaitu:-

a) river prawn
- indicator: sensitive
- water quality: good
b) river crab
- indicator: moderate
- water quality: ok
c) freshwater hoglouse
- indicator: moderate/tolerance
- water quality: ok/poor
d) stonefly nymphs
- indicator: very sensitive
- water quality: excellent

Monday, 3 December 2007

Crystal Crown Hotel

So far the training here is good... the hotel is definitely comfortable, but at the moment the hotspot is not so hot... so gonna wait and see... and do some more waiting and waiting :(