Tuesday 28 July 2009

Sistem pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 Bagi Sg Penchala

Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14000 menyediakan suastu mekanisme yang kukuh dan berkesan dalam pengurusan sungai secara lebih efisien. Melalaui ISO 14000, semua punca pencemaran perlu dikenalpasti dan kaedah-kaedah menanganinya perlu diwujudkan secara sistematik. Melaui ISO 14000 juga, objektif dan sasaran perlu dikenalpasti dan program-program yang bersesuaian hendaklah diwujudkan ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan. Kesimpulanya, pensijilan ISO 14000 dapat meningkatkan keupayaan JPS WPKL dlm pengurusaan sungai dan ini dan ini dapat memenuhi aspirasi Jabatan iaitu 'Towards A Clean, Living And Vibrant River".

Oleh itu, di bawah Program Satu Negeri satu Sungai, JPS WPKL telah memilih Sungai Penchala untuk mendapatkan persijilan ISO 14000. Ahli-ahlinya terdiri daripada 20 org kakitangan JPS WPKL dari pelbagai bahagian yang diberi nama PENCHALA TEAM. Program yang telah bermula sejak Ogos 2008 telah berjalan lancar dan pelbagai progran berkaitan pemeliharaan sungai telah dirancang melibatkan penyertaan masyarakat setempat. Pihak SIRIM telah mengadakan Second Stage Audit pada Julai 2009. JPS WPKL mensasarkan September 2009 ini untuk mendapatkan persijilan ISO 14000 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar Sungai Penchala.


Disediakan oleh
ZUL HAIMI BIN KAMAL
ZON UTARA

No comments: